ALOR SETAR – Seorang peniaga maut manakala isteri dan dua anaknya cedera selepas kereta dinaiki mereka merempuh kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kilometer 21.3 Lebuh Raya Butterworth-Kulim (BKE) semalam. Kejadian kira-kira pukul 9.20 malam itu berlaku apabila kereta jenis Proton Wira yang dinaiki empat sekeluarga tersebut merempuh belakang Toyota Estima yang berhenti kerana lampu isyarat merah. Dua kenderaan berkenaan dalam perjalanan dari arah yang sama iaitu Butterworth menghala Padang Serai…










