Pengundian semula PKR Sabah di Cabang Keningau hari ini - Utusan Malaysia

Pengundian semula PKR Sabah di Cabang Keningau hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU – Pengundian semula pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah bagi Cabang Keningau berjalan lancar di Dewan Badminton, Kompleks Sukan, Keningau hari ini.

Seawal pukul 8 pagi tadi para pengundi sudah mula memenuhi pusat pengundian bagi memilih calon pemimpin masing-masing menerusi kaedah e-undi.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, pengundian semula PKR Sabah bagi Cabang Keningau yang berlangsung hari ini dan Cabang Pensiangan serta Cabang Tawau esok diputuskan selepas Biro Politik PKR menerima Iaporan daripada Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP).

Menurutnya, terdapat beberapa kecacatan dan pelanggaran dikatakan berlaku di Cabang Keningau, Pensiangan dan Tawau pada proses pemilihan PKR Sabah, minggu lalu.

“Misalnya, bagi Cabang Keningau pihak JPP membuat keputusan menangguhkan proses pengundian kerana berlaku pertukaran lokasi pada saat akhir yang mana liputan internet di premis itu amat lemah.

“Sementara itu, di Cabang Pensiangan pula proses pengundian ditangguhkan (esok) atas alasan keselamatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, pada Sabtu dan Ahad lalu sebanyak 22 daripada 25 cabang di negeri ini seperti di Kota Kinabalu, Kota Marudu, Beaufort, Sandakan, Kota Belud, Penampang dan Ranau selesai menjalankan proses pengundian.

Direkodkan, keputusan PKR Sabah setakat ini menunjukkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendahului Mohd. Rafizi Ramli dalam merebut jawatan Timbalan Presiden PKR. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN