KUALA LUMPUR 12 Nov. – Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan sebagai terlalu awal, pengumuman kemenangan oleh kem Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, dalam saingan merebut jawatan Timbalan Presiden PKR. Timbalan Perdana Menteri menegaskan pemilihan PKR belum sampai ke penghujungnya. “Kadang-kadang orang macam teruja, seronok kan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Badminton Remaja Astro bawah 15 tahun di sini, hari ini. Beliau diminta mengulas mengenai…










