BUTTERWORTH 14 Nov. – Syarikat yang membawa masuk sampah plastik ke negara ini dikesan membuat pengisytiharan palsu berkaitan sisa buangan itu sehingga menyebabkan kesesakan di beberapa pelabuhan di seluruh negara. Selain itu, terdapat pengimport yang membuat pesanan sampah plastik terbabit daripada negara sumber dan hanya memohon permit import (AP) yang dikeluarkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) apabila tiba di negara ini. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata,…










