Penghuni rumah kebajikan dan anak yatim dakwa dicabul, didera - Utusan Malaysia

Penghuni rumah kebajikan dan anak yatim dakwa dicabul, didera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH – Seorang penghuni sebuah rumah kebajikan dan anak yatim milik persendirian di sini membuat laporan polis mendakwa dicabul dan didera oleh kakitangan pusat tersebut, minggu lalu.

Kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun itu mendakwa dipanggil oleh seorang kakitangan lelaki ke biliknya pada pukul 2 petang, Sabtu lepas dan dibaringkan sebelum diraba di bahagian dada dan alat sulit. 

Mangsa juga mendakwa sebelum kejadian itu, dia pernah diikat tangan dan diletakkan berhampiran dapur gas dalam keadaan api menyala di bahagian kaki selama beberapa minit oleh dua kakitangan lelaki di situ namun tidak menyatakan secara terperinci bila ia berlaku.

“Hampir setiap hari bukan sahaja saya, tetapi juga kawan-kawan yang tinggal di situ dipukul dan didera dengan pelbagai cara yang berlanjutan sehingga hari ini, sehingga kami takut,” kata mangsa dalam laporannya. 

Mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh di sini hari ini dengan ditemani ibunya yang hanya mahu dikenali sebagai Jamilah. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN