Pengguna disaran salur maklumat - Utusan Malaysia

Pengguna disaran salur maklumat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 4 Nov. – Pengguna disaran menya­lurkan maklumat atau aduan kepada pihak berkuasa sekiranya peniaga mengingkari arahan dengan tidak meletakkan tanda harga khas berwarna merah jambu pada 16 jenis barang kawalan sempena perayaan Deepavali minggu depan.

Timbalan Ketua Penolong Penguatkuasaan Pejabat Perda­gangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Mohamad Radzi Johari berkata, pengguna boleh membuat aduan melalui beberapa cara iaitu menerusi talian telefon, aplikasi telefon pintar Ez Adu, emel, khidmat pesanan ringkas (SMS) atau aplikasi WhatsApp dan boleh hadir sendiri ke pejabat cawangan seluruh negeri.

“Mereka boleh memilih sama ada untuk membuat aduan menerusi talian 1Malaysia One Call Centre (1MOCC) 03-80008000, talian bebas tol Pusat Informasi dan Gerakan Operasi Strategik 03-88826245 atau emel [email protected].

“Selain itu, aduan boleh disalurkan dengan menghantar SMS ke 15888 dan aplikasi WhatsApp 0192794317 dengan mengemukakan gambar atau resit pembelian bagi memboleh­kan pihak kita menjalankan siasatan,” katanya selepas me­lancarkan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Deepavali di se­buah pasar raya di sini semalam.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai bekalan barang sepanjang musim perayaan, Mohamad Radzi memberitahu, hasil pemantauan sehingga kini ia masih mencukupi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN