PAKISTAN 24 Nov. – Kumpulan pengganas Daesh mengaku bertanggungjawab terhadap serangan bunuh diri di sebuah pasar di wilayah barat laut Pakistan yang meningkat kepada 33 orang.
Serangan itu berlaku ketika bazar pada Jumaat di Kalaya, sebuah bandar di kawasan suku kaum Orakzai yang didominasi kaum Syiah.
Dalam kenyataan yang disiarkan di Amaq, laman berita kumpulan itu, kumpulan itu mendakwa 57 Syiah terbunuh dan 75 orang cedera dalam serangan itu.
Bagaimanapun, pegawai tertinggi untuk daerah Orakzai, Khalid Iqbal memberitahu AFP bahawa angka kematian adalah 33, meningkat dari 31, semalam.
“Antara yang terbunuh adalah tiga pedagang beragama Hindu,” katanya.
Pakistan secara rasminya menafikan kewujudan pengganas Daesh tetapi kumpulan itu mengaku bertanggungjawab terhadap beberapa serangan maut di Pakistan.-AFP










