Penganggur didakwa bunuh rakan - Utusan Malaysia

Penganggur didakwa bunuh rakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPING 14 Nov. – Seorang penganggur berdepan hukuman di tali gantung setelah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh rakannya di sebuah bangunan rumah kedai dekat sini, awal bulan ini.

Abdul Rahman Abdollah, 27, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan selesai dibacakan oleh jurubahasa kepadanya di hadapan Majistret Mohd. Hairol Jemain.

Mengikut pertuduhan, Abdul Rahman didakwa membunuh Freddie Lim Kok Ching, 38, di tingkat tiga bangunan rumah kedai di Jalan Panggung Wayang pada pukul 10.42 pagi, 2 November lalu.

Pertuduhan terhadap lelaki yang tidak diwakili peguam itu dikemukakan
Timbalan Pendakwa Raya, Nor Raihan Rithwan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang turut tidak dibenarkan diikat jamin.

Mahkamah menetapkan 8 Januari depan untuk sebutan kes bagi menunggu laporan penuh bedah siasat mangsa.

Akhbar baru-baru ini melaporkan, seorang lelaki mati setelah dicekik rakan serumahnya yang dipercayai berpunca daripada masalah duit dan cemburu.

Difahamkan mangsa dan suspek menjalinkan hubungan dan merupakan kekasih pasangan sejenis. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN