BUNYI da dit da dit kedengaran saat Nur Najwa Nadhirah Badrul Hisham, 14, menekan punat pada radio amatur itu. Bunyi-bunyi tersebut menarik perhatian pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Che Tom, Sungai Petani, Kedah itu untuk menghafalnya satu demi satu. Pengalaman pertama mempelajari Kod Morse agak sukar tetapi menyeronokkan baginya. “Setiap bunyi tersebut mewakili huruf, angka dan tanda baca yang ingin disampaikan. Walaupun ianya sungguh mencabar dan memerlukan latihan yang teliti…










