Peneroka mengeluh tiada insentif - Utusan Malaysia

Peneroka mengeluh tiada insentif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANJUNG MALIM 3 Nov. – Pe­neroka di Felda Trolak Utara yang terlibat dalam rancangan penanaman semula, mengeluh kerana hasil pendapatan bersih yang diterima mereka sejak bulan Julai lalu, hanya sekitar RM300 ke RM400 sebulan.

Ketua Penerokanya, Ramli Yusopp berkata, pihaknya jus­teru memohon kerajaan supaya meningkatkan pinjaman sara hidup yang diberikan oleh Felda kepada RM1,500 berban­ding kira-kira RM1,000 ketika ini.

RAMLI YUSOPP
RAMLI YUSOPP 

“Memang banyak keluhan berlaku di peringkat rancangan (Felda) Trolak, terutama ibu-ibu tunggal. Mereka meminta saya supaya mengusahakan perkara ini dengan pihak pengurusan.

“Ketika ini, hasil yang diperoleh ha­nya setan ke dua tan, jadi pendapatan diterima kurang daripada RM800.

Namun, apabila ditolak per­belanjaan seper­ti jalan pertanian, tanam semula, bayaran kembali, Ja­wa­tan­kuasa Kemajuan dan Kese­la­matan Rancangan (JKKR) dan tabung keceriaan kampung, hasil bersih sekitar RM300 ke RM400,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Ramli, biarpun dia berpuas hati dengan peruntukan keseluruhan RM295 juta untuk projek-projek infrastruktur Felda dalam Belanjawan 2019, namun kerajaan yang rasional pada hari ini diharap dapat memikirkan cara untuk menampung pendapatan peneroka.

Jelasnya, hasil yang ber­kurangan di Felda Trolak Utara adalah disebabkan kebanyakan pokok yang ditanam melebihi usia 20 tahun selain mereka diarah untuk tidak membaja pokok berkenaan selama dua tahun, sebelum penebangan dijangka bermula Januari 2019.

Sementara itu, Ketua Peneroka Felda Wilayah Trolak, Sulong Jamil Mohamad Shariff berharap kerajaan dapat membantu peneroka dengan mencari mekanisme untuk pe­netapan harga siling bagi komoditi getah dan kelapa sawit yang jatuh merudum.

“Kalau boleh, harga getah tidak boleh kurang daripada RM3 sekilogram dan kelapa sawit tidak kurang RM500 setan,” katanya.

Bagi bekas Ketua Kampung Felda Lasah, Abu Bakar Shariff pula, tiada apa yang istimewa dalam Belanjawan 2019 kerana warga peneroka tidak lagi menerima sebarang insentif seperti sebelum ini.

“Peruntukan Felda untuk infrastruktur jalan, bekalan air dan lampu jalan itu biasa, pemerintah terdahulu juga memberikannya, namun masalah hutang peneroka langsung tidak disentuh walaupun itu terdapat dalam manifesto Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14),” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN