Penduduk Tunisa adakan bantahan terhadap Putera Mohammed - Utusan Malaysia

Penduduk Tunisa adakan bantahan terhadap Putera Mohammed

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUNIS 28 Nov. – Beratus-ratus penduduk negara ini mengadakan tunjuk perasaan terhadap Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed Salman yang tiba di negara ini untuk lawatan semalam.

Beji Caid Essebsi (kanan) bersalaman dengan Putera Mohammed di istana Presiden di Carthage, Tunis, Tunisia, kelmarin. – AFP

Ini merupakan bantahan pertama dilakukan oleh penduduk negara Teluk terhadap Putera Mohammed ekoran dakwaan pembabitannya dalam pembunuhan wartawan, Jamal Khashoggi.

Bantahan sedemikian jarang berlaku terhadap beliau yang sebelum ini menerima sambutan meriah ketika berkunjung ke Bahrain, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Mesir.

Semasa kunjungan itu, Putera Mohammed berkata, Arab Saudi mempunyai hubungan baik dengan Tunisia sejak lama dahulu.

“Saya tidak boleh ke Afrika Utara tanpa berkunjung ke Tunisia, Presiden Tunisia (Beji Caid Essebsi) seperti bapa saya,’’ katanya. – Reuters

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN