Penduduk Temerloh bimbang banjir besar - Utusan Malaysia

Penduduk Temerloh bimbang banjir besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH 14 Nov. – Banjir yang melanda Kampung Batu Kapor dan Kampung Sungai Buloh di sini sejak semalam menimbulkan keresahan dalam kalangan penduduk dengan kemungkinan berulangnya kejadian bah besar pada 2014.

Meskipun banjir yang berlaku tidak teruk dan penduduk masih boleh pulang ke rumah masing-masing, mereka khuatir kejadian banjir lebih besar akan  berlaku selepas ini.

Seorang mangsa banjir, Sarida Naya, 66, berkata, rumahnya yang terletak di kawasan rendah sememang­nya sering dilanda banjir setiap tahun.

“Saya adalah orang pertama di kampung ini dipindahkan setiap kali banjir. Kali ini paras air naik dengan cepat yang mana apabila saya sedar sudah masuk ke dapur rumah sehingga paras paha.

“Saya bimbang banjir besar pada 2014 berulang yang mana pada masa itu air berada pada paras siling dan banyak barang rosak,’’ katanya ketika ditemui di Pusat Pemindahan Sementara Sekolah Kebangsaan Batu Kapor di sini hari ini.

Seramai 49 orang mangsa dari Kampung Sungai Kepong dan Kampung Batu Kapor di sini dipindahkan ke dua buah pusat pemindahan sementara selepas banjir melanda semalam. 

Sementara itu, Pengerusi Majlis Perundingan Komuniti Kampung Sungai Buloh, Ahmad Jafri Dolah berkata, kejadian banjir besar yang berlaku pada 2014 di kampung itu disebabkan limpahan Sungai Semantan dan Sungai Pahang.

“Pada masa ini, keadaan banjir di sini masih terkawal yang mana hanya Sungai Semantan membawa air dari Raub menyebabkan air masih bertahan,’’ ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN