Penduduk mula pindah kenderaan dan ternakan ke tempat tinggi - Utusan Malaysia

Penduduk mula pindah kenderaan dan ternakan ke tempat tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG 7 Nov. – Penduduk di beberapa kawasan rendah di tebing Sungai Golok mula melakukan persiapan awal dengan memindahkan kenderaan dan binatang ternakan ke tempat tinggi ekoran kampung mereka mula ditenggelami banjir.

Seorang penduduk Kampung Bongo, Wan Mohammad Wan Abdullah, 26, berkata, dia mengambil keputusan untuk memindahkan haiwan ternakan ke tempat selamat lebih awal.

Menurutnya, tindakan ini bagi mengelakkan dia berdepan risiko apabila banjir sebenar berlaku.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Melihat kepada trend cuaca semasa, saya jangkakan banjir boleh berlaku pada bila-bila masa,” katanya di sini hari ini.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati beberapa kampung seperti Lachang, Jejawi dan Tasik Bakong mula membuat persiapan awal menghadapi banjir.

Bukan itu sahaja, mereka mula menjadikan bot sebagai pengangkutan utama selepas laluan masuk ke kampung mereka ditenggalami banjir sedalam 0.7 meter.

Ini ekoran hujan lebat sejak beberapa hari lalu yang menyebabkan berlakunya peningkatan paras air Sungai Golok.

Menurut laman sesawang infobanjir.water.gov.my menunjukkan paras air Sungai Golok kini berapa pada tahap waspada iaitu 7.75. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN