RANTAU PANJANG 7 Nov. – Penduduk di beberapa kawasan rendah di tebing Sungai Golok mula melakukan persiapan awal dengan memindahkan kenderaan dan binatang ternakan ke tempat tinggi ekoran kampung mereka mula ditenggelami banjir. Seorang penduduk Kampung Bongo, Wan Mohammad Wan Abdullah, 26, berkata, dia mengambil keputusan untuk memindahkan haiwan ternakan ke tempat selamat lebih awal. Menurutnya, tindakan ini bagi mengelakkan dia berdepan risiko apabila banjir sebenar berlaku. “Melihat kepada trend cuaca semasa, saya jangkakan banjir boleh berlaku pada bila-bila masa,” katanya di sini hari ini. Tinjauan Utusan Malaysia mendapati beberapa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya