LOS ANGELES – Pengarang, penerbit dan penulis komik Marvel Universe, Stan Lee, disahkan telah meninggal dunia pada usia 95 tahun awal pagi semalam (waktu tempatan).
Berita kematian berkenaan dikongsi oleh anak perempuannya yang ingin dikenali sebagai J. C. Lee selepas disahkan oleh Cedars-Sinai Medical Center di Los Angeles.
Difahamkan, Stan Lee sebelum ini memang mempunyai masalah kesihatan selepas menderita beberapa penyakit seperti pneumonia dan masalah penglihatan.
Memuatkan artikel berkaitan…
Memulakan kerjaya dalam dunia adiwira pada tahun 1961 menerusi naskhah The Fantastic Four, Lee kemudian mencipta beberapa lagi watak yang popular sehingga kini.
Antaranya ialah Spider-Man, Black Panther, X-Men, Iron Man dan The Incredible Hulk. – K! ONLINE
Stan Lee emulakan kerjaya dalam dunia adiwira pada tahun 1961 menerusi naskhah The Fantastic Four sebelum mencipta beberapa lagi watak terkenal seperti Spider-Man, Black Panther, X-Men, Iron Man dan The Incredible Hulk.










