TAWAU – Golongan pencari kerja di Sabah dinasihatkan agar tidak memilih pekerjaan dalam keadaan ekonomi tidak menentu sekarang. Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Christina Liew berkata, golongan itu juga perlu membuang rasa malu untuk memulakan pekerjaan dalam pelbagai bidang dari peringkat bawah. “Tidak perlu malu untuk bermula dari bawah tetapi ambil dan rebutlah sebarang peluang pekerjaan yang dapat memberikan pengalaman dan ilmu berterusan selain menambah pendapatan,” katanya pada program ‘job…










