Biarpun tersimpan lama, karya seram pertama arahan sutradara Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin masih dianggap relevan untuk ditayangkan pada tahun ini. Filem berlatarbelakangkan era 70-an itu menyelitkan pelbagai elemen liberal dan konservatif sepanjang penceritaan. Teraju utama filem terbitan Primeworks Studios, Marsha Milan dan Johan As’ari yang bertandang ke Studio Utusan berkongsi cerita di sebalik pembikinan naskhah yang mendapat klasifikasi P13. Kenaifan bawa ke lembah keji KARAKTERNYA yang naif dan lemah-lembut…










