Selama 17 TAHUN merenangi lautan seni yang penuh ombak ranjaunya, penyanyi Misha Omar kini boleh berdiri bangga dengan pencapaian yang diraih. Namun perjalanan tidak semudah yang disangka. Beberapa kali menjatuhkan sauh pelayaran, dia mengakui, pernah terdetik dalam hati untuk berhenti sahaja. Namun doa keluarga dan peminat menghentikan langkahnya. Begitu juga dengan pemilik suara emas, Siti Sarah Raisuddin yang pernah meletakkan noktah dalam diari seninya untuk beberapa tahun. Bukan merajuk mahu…








