Penanaman ketum untuk tujuan perubatan perlu dibenarkan - Utusan Malaysia

Penanaman ketum untuk tujuan perubatan perlu dibenarkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Nov. – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) disarankan agar menggubal satu akta khusus yang memberi kebenaran kepada petani untuk menanam ketum bagi tujuan perubatan.

Dr. Azman Ismail (PH-Kuala Kedah) berkata, selain akta khusus untuk mengawal penyalahgunaan ketum, akta yang membenarkan petani menanam ketum secara kawalan juga perlu diwujudkan.

“Ketum adalah herba tradisional yang ada kesan ubatnya dan seperti semua ubat ia sesuai untuk orang yang memerlukan ubat bukan orang yang tak ada masalah kesihatan.

“Saya minta akta khusus dibuat untuk mengawal penyalahgunaan ketum tetapi harus juga ada akta sensitif yang boleh memberikan kebenaran kepada petani tertentu dengan kawalan tertentu untuk menanam ketum bagi industri perubatan,”katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2019 peringkat dasar  dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN