KUALA LUMPUR 9 Nov. – Datuk Lee Chong Wei bakal menempuh masa paling mencabar dalam kariernya apabila dia kembali ke gelanggang selepas pulih daripada penyakit kanser hidung, kata jurulatihnya Hendrawan. Menurut jurulatih dari Indonesia itu cabaran dihadapi Chong Wei pada masa depan adalah lebih mencabar berbanding sewaktu dia kembali beraksi selepas berdepan isu kecederaan dan doping sebelum ini, namun dia mengalu-alukan keputusan pemenang tiga pingat perak Sukan Olimpik itu untuk…










