KUALA LUMPUR – Penambahan sebanyak 50 Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) di bangunan kerajaan mampu meningkatkan jumlah serta produktiviti wanita dalam pasaran kerja sehingga 30 peratus, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Azih Muda. Beliau berkata, langkah itu bertepatan dengan usaha kerajaan menyediakan fasiliti bagi ibu bekerja yang gusar untuk meninggalkan anak mereka dalam jagaan pengasuh dan khuatir dengan risiko keselamatan anak mereka. “Peruntukan RM10 juta bagi menambah 50 taska yang diumumkan pada Belanjawan 2019 itu adalah usaha terbaik untuk membantu mereka (wanita bekerjaya) lebih dekat dengan anak serta berupaya memantau anak-anak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya