KUANTAN – Mahkamah Majistret di sini hari ini memerintahkan seorang pemungut sampah dihukum penjara setahun selepas mengaku salah mencuri motosikal bagi menjelaskan kos pembedahan isterinya. Majistret Nor Azizah Aling memerintahkan Raja Saddam Shah Raja Hamkar, 27, dari Felda Bukit Kuantan, menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu 6 Oktober lalu. Tertuduh didakwa mencuri motosikal Honda EX5 milik Zul Zaidde Ngamera, 32, antara 9 hingga 9.50 malam, 1 Oktober…










