Pemuda UMNO sasar 40 peratus calon muda dalam PRU - Utusan Malaysia

Pemuda UMNO sasar 40 peratus calon muda dalam PRU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON – Pemuda UMNO menyasarkan 40 peratus calon yang mewakili parti itu dan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang terdiri daripada pemimpin muda, kata Ketua Pemuda parti itu, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.

Beliau berkata, bagi merealisasikan perkara tersebut Pemuda harus membuat persediaan awal bagi melahirkan pemimpin berkualiti dalam menggalas tanggungjawab berkenaan.

“Kita lihat akar umbi kita hebat sebenarnya, tidak terjejas. Kalau ada pemimpin mahu melompat parti, biarlah sebab Pemuda UMNO sedia menggantikan tempat mereka. 

“Saya sudah berjanji dengan Pemuda UMNO untuk pastikan pada pilihan raya akan datang, 40 peratus pemimpin muda menjadi calon UMNO dan BN. 

“Sebab itu kita tidak boleh hanya bercakap sebaliknya kena bermula dari sekarang,” katanya pada Majlis Santai Pemuda UMNO Negeri Sembilan Bersama Pemuda UMNO di sini, malam tadi. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN