Pemuda pecah cermin kereta 'ditidurkan' dalam keranda - Utusan Malaysia

Pemuda pecah cermin kereta ‘ditidurkan’ dalam keranda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Seorang pemuda sempat merasai ‘tidur’ di dalam keranda jenazah selepas dia ditahan ketika cuba melarikan diri dalam satu kejadian di Masjid Al-Hidayah, Seksyen 18 di sini petang tadi.

Tindakan tersebut dipercayai dilakukan jemaah masjid berkenaan selepas lelaki berusia 36 tahun itu berjaya diberkas setelah memecahkan sebuah kereta Perodua Axia. 

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, dalam kejadian pukul 1.30 petang itu, tindakan suspek disedari seorang lelaki yang sedang membuat rondaan di sekitar kawasan masjid berkenaan.

kereta
Keadaan cermin kereta yang dipecahkan oleh suspek petang tadi.

“Lelaki terbabit menyedari suspek berada di sebelah sebuah kereta Perodua Axia dan telah memecahkan cermin bahagian tepi kenderaan berkenaan sebelum bertindak menghubungi ahli kariah yang lain.

“Lelaki berkenaan turut memaklumkan tangannya berkemungkinan mengalami patah atau retak ekoran terkena bumper kereta semasa menangkap suspek berkenaan,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

Baharuddin berkata, pihak kariah kemudiannya menghubungi polis untuk menyerahkan suspek.

Terdahulu, satu rakaman video yang memaparkan suspek diikat dan ‘ditidurkan’ dalam sebuah keranda jenazah hampir satu minit tular di laman sosial facebook. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN