Pemimpin DAP perlu terlebih dahulu mohon maaf terbuka - Azwanddin - Utusan Malaysia

Pemimpin DAP perlu terlebih dahulu mohon maaf terbuka – Azwanddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 12 Nov. – Pemimpin-pemimpin DAP harus memulakan langkah dengan memohon maaf secara terbuka kepada setiap orang Melayu dan Islam kerana didakwa melakukan beberapa siri penghinaan serta bersikap kurang ajar.

Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Datuk Azwanddin Hamzah berkata, beliau berjanji akan membuat perkara yang serupa (mohon maaf terbuka) selepas mereka (pemimpin DAP) melakukannya terlebih dahulu.

Katanya, beliau tidak akan tunduk terhadap sebarang ugutan khususnya daripada pimpinan parti DAP.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya sekali lagi dengan jelas tidak akan membuat permohonan maaf secara terbuka sekiranya pihak DAP tidak membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua umat Islam serta orang Melayu di negara ini atas kenyataan yang bersikap kurang ajar dan berbaur anti Melayu Islam serta cemuhan yang telah dilakukan oleh pimpinan DAP sebelum ini.

“Saya menyeru orang Islam dan Melayu juga harus sedar dan perlu berani untuk bangkit serta menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada pimpinan DAP ini. Selaku pemerintah melalui DAP, mereka harus menunjukkan sikap menghormati orang Melayu dan agama Islam sebagai agama Persekutuan,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Beliau mengulas permintaan Timbalan Menteri Pertahanan, Senator Liew Chin Tong yang memintanya membuat permohonan maaf secara terbuka kerana menuduh Chin Tong berpakaian ala komunis dalam pemeriksaan kawalan di Markas Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat di Kuching, Sarawak pada 26 Oktober lalu.

Jika gagal berbuat demikian, Chin Tong dikatakan akan mempertimbangkan tindakan mahkamah terhadapnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×