Pemimpin dan ahli PKR diminta hormati kebebasan media dan wartawan - Utusan Malaysia

Pemimpin dan ahli PKR diminta hormati kebebasan media dan wartawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING – Para pemimpin dan anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) dinasihati supaya menghormati kebebasan wartawan dan media.

Ketua Bahagian Keadilan, Betong Vernon Kedit berkata, paling tidak para wartawan hendaklah dilayan dengan hormat dan sopan.

Vernon mengulas kejadian yang berlaku pada pemilihan parti PKR di Hotel Paramount, Sibu semalam, di mana seorang wartawan DayakDaily, Nancy Nais, mendakwa dikasari anggota “pengawas” pemilihan di pusat pemilihan itu ketika beliau sedang mengambil gambar dan video.

Nancy mendakwa seorang lelaki berbaju merah dan memakai tag bertulis “pengawas” tiba-tiga mencekak lengan kanannya dan menolaknya keluar dari bilik itu ke arah lif hotel.

Nancy bekata, beliau telah membuat satu laporan polis semalam di pusat sehenti Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching di sini. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN