LAWAS – Proses pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang terakhir di Sarawak semalam dicemari unsur-unsur sabotaj pihak luar yang didakwa melakukan penyalahgunaan kuasa. Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 11.30 malam kelmarin untuk memaklumkan kebenaran menggunakan Stadium Tertutup Lawas ditarik balik sekali gus tidak membenarkan proses pengundian PKR Cabang Lawas semalam. Menurut beliau, pihaknya akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atas dakwaan penyalahgunaan…










