Pemilihan PKR: 'Jangan hebahkan kepada media sebarang perselisihan faham' - Utusan Malaysia

Pemilihan PKR: ‘Jangan hebahkan kepada media sebarang perselisihan faham’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Bantahan, Aduan dan Disiplin Permilihan PKR akan mengeluarkan peringatan keras kepada mana-mana pihak yang didapati masih menghebahkan kepada media atau umum sekiranya wujud perselisihan atau isu-isu pemilihan parti.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti  (JPP) 2018 Datuk Rashid Din berkata, semua isu yang berkaitan dengan pemilihan PKR perlu dirujuk pada JPP dan perbuatan memberikan kenyataan kepada umum dan media berkaitan isu-isu yang timbul dalam pemilihan parti adalah menyalahi tataetika pemilihan parti 2018. 

“Sejak kebelakangan ini, JPP mendapati banyak pihak termasuk pimpinan kanan dalam parti membangkitkan isu-isu yang berkaitan dengan pemilihan melalui media. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Sebarang perselisihan dilarang sama sekali dibawa kepada media atau dihebah kepada umum,” katanya dalam satu kenyataan yang  dimuatnaik dalam laman web https://www.pemilihankeadilan2018.com hari ini.

Kenyataan itu ditandatangani Rashid  bersama Pengerusi Jawatankuasa Bantahan, Aduan dan Disiplin, Dr Syed Husin Ali yang menjelaskan peraturan tataetika pemilihan 2018, Bab (B) Huraian (7), menyatakan sebarang perselisihan yang timbul dalam pemilihan parti hendaklah dimajukan ke JPP untuk penyelesaian. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini