KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Bantahan, Aduan dan Disiplin Permilihan PKR akan mengeluarkan peringatan keras kepada mana-mana pihak yang didapati masih menghebahkan kepada media atau umum sekiranya wujud perselisihan atau isu-isu pemilihan parti. Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) 2018 Datuk Rashid Din berkata, semua isu yang berkaitan dengan pemilihan PKR perlu dirujuk pada JPP dan perbuatan memberikan kenyataan kepada umum dan media berkaitan isu-isu yang timbul dalam pemilihan parti adalah menyalahi…









