Pemilihan PKR Cabang Kota Kinabalu lancar - Utusan Malaysia

Pemilihan PKR Cabang Kota Kinabalu lancar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU – Fasa pertama pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri Sabah yang mempunyai seramai 145,639 ahli bermula hari ini di 12 daripada 25 cabang negeri ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Antaranya Cabang Kota Kinabalu yang menyaksikan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Sabah, Christina Liew bertanding untuk mempertahankan jawatan Ketua Cabang Kota Kinabalu.

Beliau yang tiba di Pusat Pemilihan Sekolah Menengah Kian Kok di sini kira-kira pukul 8 pagi tadi selesai mengundi dengan menggunakan kaedah e-undi.

Sementara itu, situasi sekitar pusat pemilihan cabang tersebut berjalan lancar tanpa berlakunya sebarang masalah teknikal mahupun provokasi yang mencetuskan kekecohan.

Selain cabang Kota Kinabalu, pemilihan PKR hari ini turut berlangsung di Kota Marudu, Tua­ran, Sepanggar, Kota Kinabalu, Beaufort, Sipitang, Ke­ningau, Libaran, Batu Sapi, Sandakan, Tawau dan Kalabakan.

Baki 13 cabang seperti Kudat, Kota Belud, Putatan, Penampang, Kimanis, Ranau, Beluran, Tenom, Pensiangan, Kinabatangan, Silam, Semporna dan Papar pula akan berlangsung esok.

Dalam pada itu, hari ini ahli PKR Sabah juga akan membuat pilihan sama ada Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Mohd. Rafizi Ramli yang layak memegang jawatan Timbalan Presiden PKR. – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN