Pemilihan PKR: Azmin pertahan jawatan Timbalan Presiden PKR? - Utusan Malaysia

Pemilihan PKR: Azmin pertahan jawatan Timbalan Presiden PKR?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hampir pasti mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PKR selepas keputusan tidak rasmi pemilihan parti itu menunjukkan beliau mendahului pencabarnya  Rafizi Ramli dengan majoriti 3,956 undi.

Menurut keputusan akhir tidak rasmi yang dimuatnaik dalam akaun Twitter ‘Pemilihan Keadilan 2018’, Mohamed Azmin yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi, memperoleh 70,550 undi mengatasi Rafizi yang mendapat 66,594 undi.

“Kesemua keputusan akhir tidak rasmi yang ditwit tadi adalah tidak termasuk 1,718 undi di Pensiangan, Sabah yang belum diselaraskan dengan data di Cloud dan jumlah undi di Julau, Sarawak. Harap maklum,” menurut ciapan dalam akaun Twitter itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Akaun Twitter berkenaan turut memuatnaik keputusan tidak rasmi bagi pertandingan jawatan dua sayap PKR, Wanita Keadilan dan Angkatan Muda Keadilan (AMK).

Jawatan Ketua Wanita PKR dimenangi Haniza Mohamed Talha dengan majoriti 3,607 undi apabila mendapat 29,111 undi mengatasi Fuziah Salleh yang mendapat 25,504 undi.

Afif Bahardin pula menang jawatan Ketua AMK dengan majoriti 314 undi menewaskan dua pencabarnya Akmal Nasir dan Najwan Halimi.

Afif mendapat 16,672 undi, sementara Akmal Nasir dan Najwan Halimi masing-masing mendapat 16,358 dan 3,309 undi. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×