SHAH ALAM – Kerajaan tetap dengan pendirian memansuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap 32 kesalahan di bawah lapan akta termasuk Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dengan niat. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata, kesemua jemaah menteri Kabinet perlu menghormati tanggungjawab kolektif yang telah dipersetujui 10 Oktober lalu meskipun mempunyai pandangan berbeza terhadap isu tersebut. Katanya, hukuman gantung tersebut akan digantikan kepada penjara seumur hidup atau…








