PULAU PINANG 8 Nov. – Seorang pemandu Grab dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol seorang remaja perempuan yang ketika itu berusia 11 tahun, tiga tahun lalu. Teh Kim Huat, 49, bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan tersebut dibacakan di hadapan Hakim Wan Azimah Yaacob. Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Jalan Kedidi, Sungai Ara, Bayan Lepas pada 2015. Atas…










