Pemancing tempatan dikhuatiri hilang di perairan Pulau Burung - Utusan Malaysia

Pemancing tempatan dikhuatiri hilang di perairan Pulau Burung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LABUAN – Seorang pemancing dikhuatiri hilang selepas bot milik mangsa ditemui bergerak sendiri di kawasan perairan Pulau Burung di sini hari ini.

Kejadian itu disedari seorang saksi kira-kira pukul 7 pagi yang melalui kawasan perairan tersebut sebelum melaporkan kepada pasukan bomba dan penyelamat.

Pengarah Zon Maritim Labuan, Kapten Maritim Che Adnan Md. Isa berkata, selepas menerima maklumat mengenai insiden itu operasi mencari dan menyelamat (SAR) segera digerakkan untuk mengesan mangsa, Maddin Simion yang berusia 51 tahun.

“Maklumat awal daripada saksi sebelum kejadian dia sempat melihat seorang lelaki sedang memancing menggunakan bot berkenaan sebelum mangsa dilaporkan hilang.

“Sehubungan itu, pihak Maritim Malaysia (APMM) bertindak menunda bot ke jeti berhampiran d untuk proses pengumpulan data,”katanya di sini hari ini.

Menurut Che Adnan, mangsa merupakan seorang rakyat tempatan dilaporkan turun ke laut kira-kira pukul 6 pagi pada hari yang sama.

Katanya, Maddin telah turun ke laut seorang diri untuk menangkap ikan.

Operasi SAR turut melibatkan Pasukan Polis Marin (PPM), Jabatan Bomba Dan Penyelamat (JBPM) Labuan, Jabatan Perikanan Labuan, Jabatan Laut Labuan dan bot orang awam.

JBPM turut menggerakkan pasukan selam ke lokasi pencarian. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN