KUALA KANGSAR – Kerajaan negeri mengumumkan insentif wang tunai berjumlah RM10,000 dan satu lot tapak rumah kepada pemain dan pegawai pasukan bola sepak Perak yang memenangi Piala Malaysia 2018 baru-baru ini. Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, insentif tersebut diberikan sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang telah berjaya membawa pulang piala berprestij itu ke negeri ini selepas penantian selama 18 tahun. “Selain insentif yang telah diberikan oleh Persatuan…










