KEJOHANAN badminton Korea Masters menjadi medan terbaik buat beregu lelaki No. 2 negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik memperbaiki kedudukan mereka dalam ranking Persekutuan Badminton Dunia (BWF). Beregu yang berada di kedudukan ke-21 dunia itu memiliki peluang cerah untuk menempatkan diri dalam kelompok 20 terbaik sekiranya berjaya melayakkan diri sekurang-kurangnya ke peringkat separuh akhir di sana. Aaron mengakui mereka perlu memberikan segala-galanya pada kejohanan di Gwangju itu bagi mendaki carta ranking…










