Pelbagai lapisan rakyat tidak puas hati - Utusan Malaysia

Pelbagai lapisan rakyat tidak puas hati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Nov. – Belanjawan pertama yang dibentangkan Kerajaan Pakatan Harapan semalam mendapat reaksi negatif daripada sebahagian rakyat yang tidak berpuas hati terhadap beberapa aspek.

Menerusi laman sosial, mereka meluahkan rasa kecewa terutama dalam soal potongan gaji berjadual Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), subsidi minyak bersasar, aspek perumahan, pertahanan dan keselamatan serta levi pelepasan bagi semua penumpang ke luar negara yang dianggap sebagai membebankan.

Mereka yang tidak berpu­as hati menyifatkan belanjawan yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng itu bercanggah dengan apa yang telah dijanjikan oleh Kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini.

Sebagai contoh pengguna Facebook, Najib Saahari berkata, keputusan kerajaan memperkemas Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) tidak kena pada waktunya kerana pasaran sektor itu yang agak suram ketika ini.

“CKHT dinaikkan. Tidak kena pada waktunya. Pasaran hartanah suram sekarang. Kerajaan kenakan cukai lagi suram. Harga rumah dalam dua hingga tiga tahun ini statik.

“Berkemungkinan kutipan hasil lebih rendah daripada yang dijangkakan. Rumah kos rendah dan sederhana rendah dikecua­likan. Spekulator akan cari kelemahan untuk membuat spekulasi rumah jenis ini,” katanya menerusi akaun Facebook miliknya. Hantaran itu sudah dikongsi lebih 100 kali warganet

Bagi Ketua Gabungan Pembebasan Akademik IPT, Asheeq Ali Sethi Alivi, langkah kerajaan yang memperkenalkan bayaran balik secara potongan berjadual pendapatan bulanan pinjaman hanya bercanggah dengan janji yang dibuat sebelum ini.

“Saya amat tidak bersetuju dengan pelan ini. Pakatan Harapan memenangi pilihan raya dengan menjanjikan penangguhan bayaran PTPTN sehingga peminjam bergaji RM4,000.

“Saya sebagai pengundi berasa tertipu dengan janji manis mereka sebelum ini. Janji itu sepatutnya dilaksanakan dalam 100 hari mereka memerintah. Tapi nampaknya rakyat Malaysia tidak akan dapat melihat janji itu dikotakan,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Dalam pada itu, warganet, Christy Chriz yang tidak berpuas hati dengan pelaksanaan cukai pelancongan menggesa kerajaan mening­katkan kemudahan dalam sektor berkenaan sebelum mengenakan sebarang caj.

“Suruh melancong dalam negara, anda (kerajaan) perlu menambah baik kemudahan untuk pelancong seperti bayaran hotel dan penerba­ngan tiket yang mahal, ini nak tambah lagi cukai pelancongan?” jelasnya.

Bagi Master Reamy, pe­runtukan untuk pertaha­nan dan keselamatan turut dipersoalkan berikutan jum­-
lah yang diterima dalam kedua-dua sektor itu dilihat terlalu sedikit.

“RM5.9 bilion bahagi dua, Kementerian Pertaha­nan dan Kementerian Da­lam Negeri. Nak jadi harimau Asia ke kucing Asia?” katanya.

Sementara itu, ruangan Malaysia Military Power turut mempersoalkan tentang peranca­ngan kerajaan terhadap pembangunan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi peruntukan yang diberikan terhadap sektor pertahanan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN