Pelayaran sulung tiga malam Star Cruises SuperStar Gemini - Utusan Malaysia

Pelayaran sulung tiga malam Star Cruises SuperStar Gemini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pelabuhan Klang 5 Nov -Kumpulan Genting Cruises Lines, Star Cruises menyambut ketibaan kapal pelayaran popular, SuperStar Gemini yang berpengkalan buat kali pertama di Pelabuhan Klang untuk menikmati pelayaran tiga malam ke Phuket dan Pulau Pinang bersama pelancong.

Presiden Star Cruises, Ang Moo Lim berkata, pihaknya terus menyokong pertumbuhan industri pelancongan kapal pelayaran di negara ini dengan mengunjungi pelabuhan-pelabuhan utama sejak 1994 lagi.

Katanya, langkah itu adalah sebahagian daripada komitmen  kumpulan tersebut untuk mengukuhkan Malaysia sebagai hab pelayaran rantau ini.

“Di Star Cruises, matlamat kami adalah menawarkan pengalaman percutian yang unik kepada pelancong dengan tawaran destinasi-destinasi baharu, serta pelayaran bertema seperti ‘Spider-Man : Into the Spider-Verse’.

“SuperStar Gemini kini berpengkalan di beberapa pelabuhan termasuk Pelabuhan Klang, Pulau Pinang dan Langkawi.

“Pelancong boleh memilih untuk bertolak dari mana-mana destinasi pelayaran pergi dan balik,  seperti  Phuket dan Langkawi, Phuket dan Pulau Pinang atau Phuket, Krabi dan Pulau Pinang, serta mengikuti pelayaran dari Pulau Pinang ke Pelabuhan Klang dan Phuket yang berlepas pada tarikh tertentu,” katanya ketika berucap dalam majlis menyambut ketibaan SuperStar Gemini ke Pelabuhan Klang di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan), Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia,  Datuk Haslina Abdul Hamid. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN