KUALA LUMPUR – Pelantikan tokoh korporat Tan Sri Abdul Wahid Omar sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang baharu dibuat berdasarkan perbincangan dan merit. Menteri Pendidikan, Maszlee Malik berkata, keputusan melantik bekas menteri kabinet itu juga dibuat selepas mendapat kelulusan pihak tertinggi kementerian. “Saya dalam apa-apa keputusan pelantikan, kita akan buat berdasarkan perbincangan dan kita melihat kepada merit,” katanya bagi mengulas kenyataan Penasihat Media Perdana Menteri, Datuk A. Kadir…










