Pelaksanaan IQNILAM 2018 ditangguhkan - Utusan Malaysia

Pelaksanaan IQNILAM 2018 ditangguhkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 1 Okt.- Kementerian Pendidikan mengambil keputusan untuk menangguhkan pelaksanaan sistem Indeks Kualiti NILAM (IQNILAM) pada tahun ini bagi membolehkan pihaknya membuat semakan dan penambahbaikan secara menyeluruh terhadap sistem berkenaan.

Kementerian itu dalam kenyataannya berkata, keputusan dibuat selepas pihaknya menerima saranan dan permintaan daripada pelbagai pihak, termasuk Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) agar pengisian IQNILAM dihapuskan bagi meringankan beban guru.

“Ekoran penangguhan itu, kementerian akan menambah baik sistem perekodan dalam buku rekod Program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) supaya lebih mesra pengguna. Justeru, para guru boleh mengisi data pada bila-bila masa dan tidak terikat dengan tempoh empat bulan sekali.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Guru hanya perlu masukkan tiga data bacaan murid sahaja iaitu bilangan buku, bilangan bukan buku dan aktiviti susulan selain tidak perlu membuat sebarang pengiraan kerana ia dijana secara automatik,” kata kementerian itu dalam satu kenyataannya di sini hari ini.

Menurut kementerian, berikutan keputusan penangguhan itu juga, satu garis panduan baharu berkaitan pelaksanaan IQNILAM akan dikeluarkan dalam waktu terdekat dan garis panduan tersebut akan mengambil kira kesan kepada beban para guru.-UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini