Pelakon Zaibo meninggal dunia - Utusan Malaysia

Pelakon Zaibo meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pelakon dan pelawak, Zaibo, meninggal dunia di kediamannya di Rengit, Batu Pahat, Johor sekitar pukul 1.20 petang sebentar tadi.

Berita sedih itu disahkan oleh isterinya, Siti Hawa Sawal.

“Abang Zaibo dah tiada. Minta doakan dia ya,” katanya ringkas. 

Siti Hawa, 52, berkata, jenazah akan dikebumikan selepas waktu Isyak malam ini di tanah perkuburan Islam di Rengit, Batu Pahat, Johor.

zaibo
Zaibo (kanan) bersama isterinya Siti Hawa Sawal ketika ditemui di kediamanannya di Rengit, Batu Pahat baru-baru ini. Foto Bernama

Zaibo atau nama sebenarnya Zainal Ariffin Abd. Hamid, 62, tidak menyedari dia menghidap kanser tahap empat sehinggalah pada Ramadan lalu apabila beliau tidak boleh menelan makanan.

Penyakit kanser esofagus dikesan selepas sambutan Hari Raya Aidiladha lalu apabila beliau kerap mengadu tersedak setiap kali makan.

Beliau kemudian dirujuk di hospital besar sebelum keputusan pemeriksaan imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) mengesahkan dirinya menghidap kanser esofagus tahap empat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN