SEPANG – Mahkamah Sesyen di sini semalam menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dan tiga sebatan ke atas seorang pemuda yang juga merupakan penuntut sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negeri ini kerana merogol teman wanitanya hingga melahirkan bayi pada awal tahun ini.
Hakim Saifulakmal Mohd. Said menjatuhkan hukuman tersebut selepas tertuduh, Muhammad Nabil Mohd. Zamari, 21, mengaku bersalah merogol remaja perempuan berusia 15 tahun enam bulan ketika kejadian yang berlaku di sebuah rumah dekat sini pada April 2017.
Saifulakmal berkata, beliau berharap tertuduh insaf dan tidak akan mengulangi kesalahan sama pada masa akan datang.
“Keputusan hukuman dibuat setelah mengambil kira faktor kepentingan awam, mangsa dan usia kamu yang juga merupakan pelajar. Mahkamah berharap kamu selepas ini akan insaf dan tidak akan sekali-kali melakukan kesalahan sama,” kata Saifulakmal.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.










