KANGAR 7 Nov. – Aktiviti memancing tiga rakan sempena cuti umum persekolahan Hari Deepavali meninggalkan pengalaman pahit buat mereka apabila salah seorang daripadanya mati lemas di Kampung Bunga Mas, Simpang Empat dekat sini, hari ini. Kejadian berlaku kira-kira pukul 12.15 tengah hari semasa mangsa, Muhammad Qayyum Zamri, 12, yang merupakan pelajar Tahun Enam, Sekolah Agama Al-Islahiyah itu ke sungai berkenaan bersama dua rakannya dengan menaiki basikal. Ketua Polis daerah, Superintenden Wari Kiew berkata, walau bagaimanapun semasa mangsa ingin mengubah lokasi memancing, basikalnya telah terjatuh ke dalam sungai berkenaan. “Mangsa telah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya