PULAU PINANG 7 Nov. – Seorang pekerja kilang maut apabila motosikal yang ditungganginya merempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di Jalan Permatang Damar Laut, Bayan Lepas kira-kira pukul 8.15 pagi tadi. Mangsa, Muhammad Faiz Romli, 26, dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala. Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden A. Anbalagan berkata, kemalangan berlaku apabila motosikal jenis Yamaha LC yang ditunggangi mangsa melanggar bahagian tepi kiri SUV jenis Mazda CX-5 itu yang membelok ke kiri sebelum mangsa tercampak ke depan. “Ketika kejadian, kedua-dua kenderaan datang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya