Pekebun kecil sawit dibantu dapatkan MSPO - Utusan Malaysia

Pekebun kecil sawit dibantu dapatkan MSPO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 Nov. – Demi memastikan kebolehpasaran hasil tanaman pekebun kecil kelapa sawit negara, kerajaan akan menyalurkan peruntukan sebanyak RM30 juta bagi membantu semua pekebun kecil mendapatkan pengiktirafan Pensijilan Minyak Sawit Lestari Malaysia (MSPO)

Selain itu, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, dalam usaha meningkatkan permintaan kelapa sawit, kerajaan akan melaksanakan Program Biodiesel B10 iaitu campuran 10 peratus kandungan minyak kelapa sawit bagi sektor pengangkutan dan B7 untuk sektor industri pada tahun 2019.

“Kelapa sawit dan getah adalah antara komoditi utama yang menyumbang kepada ekonomi negara. Di samping itu, ia juga memberikan sumber pendapatan kepada pekebun kecil,” katanya semasa membentangkan Belanjawan 2019 di Parlimen, di sini sebentar tadi.

MSPO dijadikan penekanan memandangkan beberapa negara pengimport sawit menetapkan syarat hanya akan membeli komoditi tersebut yang memiliki MSPO. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN