Peka hanya bela warga asing ditindas  - Utusan Malaysia

Peka hanya bela warga asing ditindas 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 11 Nov. – Pertubuhan Kebajikan Kemanusiaan Antarabangsa (Peka) berharap tidak timbul pertikaian berhubung fungsi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu melindungi kebajikan warga asing kerana aspek kemanusiaan menjadi tumpuan di seluruh dunia.

ZUHAIRI AB. KADIR
ZUHAIRI AB. KADIR 

Presidennya, Datuk Paduka Zuhairi Ab. Kadir berkata, Peka membantu warga asing daripada dinafikan hak dan ditindas di negara ini.

“Tidak timbul isu menjaga kebajikan warga asing lebih daripada rakyat di negara sendiri kerana hal ini (menjaga kebajikan masyarakat antarabangsa) memang terkandung dalam Perlembagaan Peka. 

“Beberapa isu penting juga diangkat sebagai tumpuan seperti status mereka di negara ini (memudahkan pihak berkuasa) mengenal pasti maklumat tambahan yang diberikan Peka,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Zuhairi berkata, Peka tidak mahu apabila warga asing pulang ke negara asal, mereka bercerita tentang keburukan negara ini tanpa ada alternatif mendapatkan pembelaan.

“Program Kebajikan dan Khidmat Imigran Peka adalah inisiatif Peka sendiri dan dasar kemanusiaan malah banyak kebaikan diperoleh bagi peserta yang bekerja di negara ini.

“Inisiatif menerusi program ini adalah peluang dan persediaan terbaik bagi melindungi kepentingan diri mereka,” katanya.

Menurutnya, warga asing yang berminat dan memerlukan khidmat Peka boleh menghubungi talian 010-2999949 atau 010-2990909 bagi pertanyaan lanjut serta pendaftaran program berkenaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN