PUTRAJAYA – Hasil siasatan pihak polis mendedahkan dua peguam yang dilantik oleh pihak pemaju, One City Development Sdn. Bhd. (One City) telah mengupah seramai 50 lelaki Melayu untuk menceroboh dan mengawal tapak Kuil Sri Mariamman, USJ 25, Putra Heights, Subang Jaya.
Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, peguam yang kini telah ditahan oleh pihak polis itu didapati telah membayar sebanyak RM150,000 kepada dalang utama kumpulan tersebut sementara setiap ahli kumpulan tersebut menerima bayaran antara RM150 hingga RM300.
“Pihak yang dikaitkan dengan syarikat pemaju telah tidak mematuhi proses pengambilalihan tapak kuil sepertimana yang dirancang mengikut peruntukan undang-undang.
“Tindakan menceroboh yang amat tidak bertanggungjawab dan menyalahi undang-undang ini telah menimbulkan kemarahan penganut agama Hindu yang berada di kawasan kejadian sehingga menimbulkan kekecohan, pergaduhan dan kerosakan harta benda,” katanya pada sidang akhbar khas mengenai insiden rusuhan di tapak kuil tersebut di sini hari ini.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.









