KANGAR 11 Nov. – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim akan hadir ke Mahkamah Kangar di sini, esok, bagi mendengar pertuduhan kes dipercayai mencabul seorang gadis bawah umur, baru-baru ini. Jaminan itu diberikan Peguam bela yang mewakili Shahidan, Zuhair Ahmad Zakuan ketika dihubungi hari ini. Beliau berkata, Shahidan kini berada di tanah air tetapi enggan mengulas lanjut lokasi ahli politik itu berada. “Kalau tiada perkara luar…










