Pegawai, pemain Kuantan FA desak pengurusan selesai isu gaji tertunggak - Utusan Malaysia

Pegawai, pemain Kuantan FA desak pengurusan selesai isu gaji tertunggak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Pegawai dan pemain Kuantan FA mendesak agar pihak pengurusan pasukan itu mengambil tindakan segera menyelesaikan isu tunggakan gaji sehingga 13 bulan yang telah berlarutan hampir tiga tahun.

Jurucakap kepada bekas pegawai dan pemain Kuantan FA, Rizal Budiman mendakwa biarpun telah banyak kali masalah itu disuarakan kepada pihak pengurusan pasukan, namun tiada sebarang maklum balas dan tindakan susulan yang dilakukan sehingga kini.

“Masalah gaji ini mula timbul sejak tahun 2016 yang ketika itu tertunggak sebanyak dua bulan namun kami pegawai dan pemain masih tidak membuat apa-apa tindakan kerana berpegang dengan janji pihak pengurusan untuk penyelesaian masalah itu.

“Namun sehingga tahun ini tunggakan gaji telah mencecah 12 bulan dan mereka masih menyepi sehingga kini,” kata bekas pegawai pasukan Kelab The Seagulls itu pada sidang akhbar khas yang diaturkan membabitkan kehadiran 17 bekas pegawai dan pemain pasukan itu di sini, malam tadi.

Bekas Penolong Jurulatih Penjaga Gol Kuantan FA, Mohd. Rosfaizul Mohd. Azuar Ali pula berkata, masalah berkenaan turut dimaklumkan kepada pihak Persatuan Bola Sepak Kebangsaan (FAM) pada awal tahun lepas. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN