IPOH 21 Nov.– Seorang pegawai imigresen didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan meminta dan menerima suapan bernilai RM3,000 bagi menutup kes tangkapan dua pekerja Indonesia, dua tahun lalu. Megat Khairul Anuar Sulaiman, 32, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan selesai dibacakan kepadanya di hadapan Hakim S. Indra Nehru. Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa meminta rasuah RM3,000 untuk diri sendiri daripada Muhammad Zahir Zahiri sebagai dorongan bagi…










